“Daddy akan sentiasa menyayangi kamu berdua” – Fattah Amin

Dari Penulis

SELEPAS Fazura memut naik entri nekad meneruskan perceraian dalam Instagram, suaminya iaitu Fattah Amin pula sebaliknya memohon orang ramai mendoakan keluarga mereka yang diuji dengan dugaan.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd.Amin,34, menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik gambar Fazura bersama anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya dengan kapsyen kasih sayang buat keluarga kecilnya.

“Doakan yang baik-baik buat kami. 

“Apa-apa pun Daddy akan sentiasa menyayangi kamu berdua,” tulisnya.

Fattah turut meletakkan tanda pagar #lastpicturetaken memberi bayangan foto tersebut adalah kenangan terakhir yang sempat dirakamkan.

Pagi tadi, pelakon Playboy Itu Suami Aku tidak bersetuju menceraikan Fazura kerana masih lagi ada perasaan sayang terhadap isterinya itu ketika sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti terbabit ke tarikh baharu iaitu pada 7 Oktober ini.

Isu keretakan rumah tangga mereka menjadi topik hangat dalam media sosial apabila dikatakan tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran dalam akaun masing-masing.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This