Fazura nekad cerai demi maruah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Nur Fazura, 41, nekad mahu bercerai dengan suaminya iaitu aktor Fattah Amin, 33, demi maruahnya sebagai seorang wanita dan anaknya, Nur Fatima Aisya, 4.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Fazura juga memohon semua pihak dapat mendoakan agar semua proses dipermudahkan serta berjalan lancar.

“Pada hari ini, Faz (Fazura) kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. 

“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. 

“Terima kasih sekali lagi atas kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pelakon terkenal Fazura ketika hadir bagi kes perceraian dengan suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Syariah Subang Bistari, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Serentak dengan itu juga, Fazura turut memuat naik potret dirinya memeluk Fatima berwarna hitam putih.

Pada masa sama, Fazura mendedahkan keputusan memfailkan cerai pada 13 September lalu bukanlah perkara yang mudah buat dirinya.

“Keputusan yang Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.

“Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat, bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu lalu. 

“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua,” katanya.

Terdahulu, Fattah dilaporkan belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pagi tadi.

Pelakon terkenal Fattah Amin ketika hadir bagi kes perceraian dengan isterinya, Fazura di Mahkamah Syariah Subang Bistari, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti pada 7 Oktober depan.

Keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka pada hantaran di akaun masing-masing.

Malah, kisah rumah tangga mereka turut menjadi topik perbincangan hangat di laman sembang hingga menarik perhatian netizen.

Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This