Belanjawan 2025 sasar tingkat taraf hidup rakyat – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.

Menerusi hantaran terbarunya di media sosial, Anwar berkata beliau meluangkan masa meninjau warga Kementerian Kewangan yang sedang sibuk menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga sambil turut memberikan pandangan.

“Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi MADANI yang gah lagi saksama,” kata beliau.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam kerajaan yang bertungkus-lumus bekerja untuk menyiapkan belanjawan tersebut.

Belanjawan 2025 yang bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Okt 2024.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This