SELANGOR FC terus giat memperkukuhkan pasukan dengan kehadiran pemain import dari Croatia, Nikola Jambor bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2).
Kemasukan bekas pemain tengah Hajer FC di liga divisyen dua Arab Saudi itu disahkan Selangor FC dalam hantaran di media sosial, hari ini.
Pemain berusia 29 tahun itu juga menjadi pemain keempat yang dibawa masuk pasukan Gergasi Merah pada jendela perpindahan kedua musim ini selepas penyerang Jordan, Ali Olwan; pertahanan tengah, Mohammad Abualnadi dan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz daripada Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Selangor FC dalam kenyataan memberitahu, Nikola Jambor diumumkan secara rasmi sebagai pemain tengah baharu pasukan itu setelah Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) telah diluluskan.
Menurut Selangor FC, pemain berketinggian 1.90 meter itu telah memulakan karier profesional sejak berusia 19 tahun bersama kelab NK Koprivnica di negara kelahirannya.
Lebih mesra dengan panggilan Niko, Selangor FC memberitahu pemain itu juga pernah beraksi bersama Slaven Belupo Koprivnica dalam 66 perlawanan sepanjang dua musim.
“Nikola Jambor telah berkelanan di beberapa negara seperti Belgium, Portugal dan Arab Saudi.
Baca artikel lain: ‘Ubi’ muda Selangor FC, Muhammad Abu Khalil sertai FC Osaka secara pinjaman
“Rio Ave FC iaitu kelab di Portugal merupakan kelab paling banyak beliau beraksi iaitu sebanyak 51 penampilan dari tahun 2018 hingga 2021,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Nikola Jambor mengakui tidak berfikir panjang untuk menyertai Selangor FC selepas mendengar mengenai tawaran tersebut daripada ejennya.
“Saya ada menerima panggilan daripada ejen saya mengenai tawaran yang telah menarik perhatian penuh saya.
“Rancangan pihak kelab telah disusun dan sejajar dengan objektif serta misi saya, menjadikannya sukar untuk ditolak kerana saya benar-benar teruja untuk bersama keluarga baru ini dan bekerjasama ke arah matlamat yang sama,” ujar beliau.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil pula menyifatkan saingan tinggi bakal hadir di bahagian tengah dengan kehadiran Nikola.
“Saya pasti Nikola akan memberikan saingan yang tinggi terutamanya di bahagian tengah dalam pasukan.
“Saingan ini sedikit sebanyak mampu memberikan kesan positif kepada pasukan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia dan ACL 2 musim ini,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

