BINTANG muda pasukan Selangor FC, Muhammad Abu Khalil sah menyertai kelab divisyen tiga bola sepak Jepun (J3), FC Osaka secara pinjaman mulai bulan ini.
Ia selepas pemain tengah itu berjaya memukau pengurusan FC Osaka dalam sesi percubaan pada 24 Jun hingga 2 Julai lalu.
Selangor FC dalam kenyataan memaklumkan, Muhammad merupakan tonggak skuad muda Selangor dalam Piala MFL musim lalu.
Katanya, Muhammad beraksi dalam 18 perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama sekali gus berjaya membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Super bersama skuad utama Gergasi Merah musim lalu.
“Atas pencapaian ini, beliau juga telah mendapat panggilan kebangsaan bawah 23 tahun dalam saingan Piala Asia untuk dua perlawanan menentang Uzbekistan dan Vietnam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Muhammad yang bersyukur dengan peluang diberikan turut memberi penghargaan kepada Selangor FC yang membenarkan dirinya berkelana ke Jepun secara pinjaman.
Baca artikel lain: Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Pemain berusia 19 tahun itu mengakui telah pun belajar banyak perkara walaupun dalam tempoh singkat sewaktu sesi percubaan sebelum ini.
“Alhamdulillah, siapa sangka rezeki saya untuk beraksi di luar negara.
“Saya lihat ini adalah peluang untuk mengembangkan lagi diri dalam karier bola sepak dengan sistem yang mereka bawa.
“Saya juga amat bersyukur kerana FC Osaka mempercayai kebolehan saya untuk menambahbaik kekuatan pasukan mereka dalam saingan Liga J3. Saya akan berikan yang terbaik untuk banggakan keluarga, Selangor FC dan Malaysia dengan harapan lebih banyak bakat tempatan dipandang oleh negara luar. Insya-Allah,” katanya.
FC Osaka kini berada di tempat ketiga berkongsi mata bersama pasukan di tempat kedua dalam saingan Liga J3.
Kelab yang ditubuhkan pada tahun 1996 yang bertempat di Higashiosaka, Osaka itu menaruh harapan kepada kemampuan Muhammad terutamanya dalam bahagian serangan selepas beliau menjaringan beberapa gol semasa sesi percubaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

