Pasukan Sang Kenari kembali menjalani latihan hari ini

Dari Penulis

PEMAIN pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dikatakan memboikot sesi latihan kerana masih menghadapi masalah dalaman dilaporkan telah kembali menjalani lahihan hari ini menjelang aksi Liga Super menentang Terengganu FC pada 19 Oktober ini.

Sang Kenari tidak beraksi dalam beberapa perlawanan Liga Super baru-baru ini selepas penangguhan perlawanan menentang Sabah FC pada 28 September lepas dan akan beraksi dua lagi perlawanan Liga Super di pusingan pertama menentang Terengganu FC dan Sabah FC (29 Oktober).

Pemain utama Kedah sebelum ini dilaporkan telah memboikot sesi latihan kerana masalah dalaman sehingga menyebabkan pasukan Sang Kenari terpaksa menurunkan pemain-pemain muda dalam perlawanan menentang KL City baru-baru ini.

Bagaimanapu, pemain kembali menjalani latihan beberapa hari menjelang perlawanan dengan Sri Pahang FC dalam perlawanan di Stadium Darul Aman pada 22 September lalu dan berjaya mencatatkan keputusan seri 2-2.

Isu boikot kembali mewarnai media apabila sejak dua hari lepas difahamkan, skuad kendalian Nafuzi Zain sepatutnya menjalani latihan awal minggu ini tetapi tidak berbuat demikian di mana-mana padang latihan biasa di sekitar Alor Setar atau Jitra.

KDA FC dalam laman media sosialnya memaklumkan mengenai kehadiran para pemain melaporkan diri dan menjalani latihan hari ini tetapi tidak dinyatakan sama ada kemelut dalaman membabitkan isu pembayaran gaji pemain dan pegawai telah selesai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This