Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Bosnia Herzegovina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas setakat ini susulan kejadian tanah runtuh dan banjir besar yang melanda Perbandaran Jablanica, Bosnia Herzegovina.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Bosnia Herzegovina serta mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana tersebut.

Wisma Putra turut berharap mangsa yang cedera supaya segera pulih dan pemulihan harta benda serta infrastruktur berjalan lancar.

Pada masa sama, Wisma Putra meminta rakyat Malaysia di negara tersebut supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi pengumuman terkini oleh pihak berkuasa tempatan.

Baca artikel lain: Empat rakyat Malaysia dievakuasi dari Lubnan – Wisma Putra

“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo akan terus memantau situasi dengan rapi dan menyediakan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin,” katanya dalam kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo di Radnicka 4A, Sarajevo atau melalui telefon di: +387 33 201 578 atau e-mel: [email protected].

Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan maut dalam bencana itu, manakala hujan lebat yang berterusan, banjir dan tanah runtuh juga menyebabkan kerosakan infrastruktur dan harta benda di kawasan perbandaran yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Sarajevo.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This