KEMENTERIAN Luar mengesahkan seramai empat rakyat Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi tadi.
Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah memudahcara pelepasan mereka dari Beirut melalui pesawat komersial.
“Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan bahawa baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang mash berada di Lubnan, berjumlah 16 orang, akan berjaya dievakuasi dengan selamat.
“Kementerian ini komited sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Lubnan.
“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan,” jelas kenyataan tersebut.
Untuk rekod, konflik ketegangan Hezbollah di Lubnan terus memuncak apabila serangan udara oleh Rejim Zionis Israel terus membedil beberapa wilayah di negara itu.
Terbaharu, tindakan Iran negara sekutu Lubnan melancarkan lebih 200 peluru berpandu balistik ke Israel pada Selasa meningkatkan lagi ketegangan yang dikhuatiri boleh membawa kepada perang serantau yang lebih besar.
Ia ekoran tindakan rejim zionis itu melancarkan serangan udara yang besar di Lubnan sejak 23 September lalu mensasarkan stor simpanan senjata, depot dan tapak pelancaran peluru di negara berkenaan dipercayai milik Hezbollah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

