Polis mohon pemandu SUV terlibat kemalangan di Bidor tampil bantu siasatan

Dari Penulis

Polis memohon pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit dalam nahas jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 340.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara  pada Sabtu lepas untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata pihaknya mengesan sebuah video yang tular di media sosial sejak semalam mengenai kemalangan melibatkan dua buah kenderaan SUV dan sebuah motosikal.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 11.09 pagi pada Sabtu lepas dan polis telah mengenal pasti ketiga-tiga kenderan yang terlibat. 

“Mangsa ialah seorang lelaki berusia 18 tahun yang juga penunggang motosikal dan pelajar institusi pengajian tinggi mengalami kecederaan di bahu kiri dan menerima rawatan di Hospital Tapah.

“Seorang daripada pemandu kenderaan SUV yang terlibat dalam nahas ini telah tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Naim berkata kes disiasat di bawah Peraturan 6 (1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 dan pihaknya meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 013-2087919 atau 05-4011222.

Tular di media sosial menerusi video berdurasi dua minit yang memaparkan kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan SUV dengan sebuah motosikal berhampiran susur keluar Plaza Tol Bidor.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This