Pada masa kini, dunia sangat menitikberatkan aspek kebersihan. Keadaan ini dipelajari daripada revolusi perindustrian pada abad ke-18 dan ke-19 yang memberi kesedaran terhadap kepesatan perbandaran dan norma hidup yang rendah boleh menjurus kepada wabak penyakit.

Dengan adanya pengetahuan seperti bakteria dan virus yang menyebabkan punca penyakit, kita perlu penuhi kehidupan kita dengan antibiotik, produk-produk antibakteria, ’sanitising products’ dan ’sterilisers’.

Produk makanan kita juga tertakluk kepada peraturan keselamatan makanan yang ketat dan sering kali perlu menjalani beberapa proses seperti pempasteuran dan pensterilan. Hasilnya kita kurang didedahkan kepada bakteria tetapi kita juga telah menghalang tanda-tanda kebaikan bakteria.

Membuat Pilihan Bijak

Kriteria pertama untuk produk probiotik yang baik adalah jenis bakteria yang digunakan. Terdapat kajian yang menunjukkan ia selamat dimakan, berupaya bertahan dengan asid perut dan hempedu semasa proses pencernaan dan dapat menempel di dinding usus.

Dua kumpulan bakteria yang biasa digunakan dalam produk probiotik yang telah terbukti berkesan secara saintifik ialah ’L acidophilus’ dan ’Bifidobacterium’.

Jika anda pergi ke pasar raya atau farmasi, anda mungkin melihat beberapa produk dengan perkataan ’bakteria hidup’ pada bungkusan. Sebelum anda berasa jijik anda perlu ingat bahawa ini adalah ciri penting bagi produk probiotik yang baik.

Bakteria mestilah hidup, berdaya hidup, asid gastrik dan resitant kepada kandungan garam dan enzim cecair hempedu dan mempunyai kadar kewujudan yang baik dalam menjalankan fungsi selepas mereka dimakan.

Probiotik memerlukan penstabilan semasa pembungkusan dan pengangkutan bagi melindungi bakteria daripada cahaya, haba, kelembapan dan kerosakan lembapan.

Jumlah bakteria hidup di dalam produk juga adalah penting. Ini dikenali sebagai ‘Colony Forming Units’ (CFUs) dan jumlah CFUs hendaklah bertahan sehingga tarikh tamat tempoh,  bukan semua bakteria boleh hidup selepas pengeluaran. Setiap satu kapsul probiotik hendaklah mengandungi di antara 1.5 bil dan 15 bil CFUs.

Formula probiotik yang baik mestilah mengandungi ’pre-biotiks’. ’Pre-bioticks’ bertindak sebagai makanan terpilih kepada probiotik untuk membantu pertumbuhan bakteria sihat.

Probiotik menghasilkan produk sampingan apabila ia memakan probiotik yang rendah PH di dalam saluran penghadaman dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat. Jadi anda perlu memeriksa perkataan seperti ’fructooligosaccharides’ (FOS) dan inulin pada label produk probiotik yang anda akan ambil .

Gaya hidup pada hari ini membuat usus sukar untuk menghindari pencemaran alam sekitar, pemakanan yang tidak sihat dan tekanan. Kita harus mencuba untuk menyimbangi bakteria di dalam saluran penghadaman supaya kita tidak mengalami sebarang masalah pencernaan dan masalah kesihatan yang lain.