‘My Gaya Month’ galak sokong barangan buatan Malaysia, kukuh ekonomi negara

Dari Penulis

Malaysian Bumiputra Designers Association (MBDA) melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia(KBBM) 2024 sempena My Gaya Month dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kempen ini untuk meningkatkan kesedaran tentang kualiti barangan buatan tempatan yang mampu bersaing dengan produk antarabangsa serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menyokong produk keluaran negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Mohd Sayuthi menekankan kepentingan menyokong industri tempatan dalam menghadapi cabaran global. KBBM dilihat sebagai langkah strategik bagi mengukuhkan ekonomi negara melalui sokongan terhadap industri tempatan, terutamanya dalam sektor kreatif dan pembuatan.

”Dengan pengalaman serta kepakaran beliau yang luas dalam industri fesyen, saya yakin Dato’ Indera Tom akan membawa MBDA ke tahap yang lebih tinggi dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang”, katanya dalam mengalu-alukan perlantikan Dato’ Indera Tom Abang Saufi sebagai Penaung baru MBDA.

Dalam pada itu, inisiatif KBBM 2024 ini bertumpu kepada beberapa objektif utama iaitu meningkatkan kesedaran dan keyakinan rakyat Malaysia. Malah ia mampu memupuk patriotism dengan menanamkan semangat cinta negara melalui pembelian dan penggunaan barangan tempatan.

Selain itu, ia membantu merangsang pembangunan ekonomi dan menyokong pereka dan pengusaha tempatan meningkatkan kreativiti dan mutu produk tempatan melalui kolaborasi antara syarikat tempatan dan kerajaan.

My Gaya Month bukan bukan sahaja memberi peluang kepada pereka tempatan untuk mempersembahkan hasil karya mereka,malah ia juga meningkatkan keyakinan pengguna terhadap barangan tempatan.

Terdahulu, kempen yang bakal berlangsung bermula 7 Oktober hingga 5 November 2024 ini dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024 bersama MBDA di Kuala Lumpur.

Selain pertunjukan fesyen oleh tiga puluh pereka fesyen tempatan, acara-acara lain juga diadakan selama sebulan, termasuk Forum Fesyen dan Perniagaan, melukis batik, tutorial tudung dan bermacam- macam lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This