POLIS meminta bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, pukul 2.20 petang semalam.
Hoong Fong berkata, Kanak-kanak yang dikenali sebagai Madrafataha Indal Bangsawan itu telah turun mengambil makanan di dalam kereta yang terletak di parkir selepas disuruh ibunya.
“Selepas turun bersendirian, Madrafataha tidak naik kembali ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pada pukul 3 petang, ibu Madrafataha telah mencari di kawasan sekitar parkir, tidak menemukan anaknya.
Laporan polis telah dibuat oleh ibu Madrafataha pada pukul 8.59 malam.
Katanya, Madrafataha kali terakhir dilihat berbaju-T warna hijau dan seluar hitam.
“Madrafataha berbadan kurus, kulit cerah, rambut paras bahu dan berketinggian 150 sentimeter,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

