GISBH: Sultan Nazrin gesa perangi habis-habisan – Saarani

Dari Penulis

SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah menggesa supaya kegiatan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) diperangi habis-habisan kerana ia menyimpang daripada ajaran dan akidah Islam, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani berkata gesaan itu dibuat selepas laporan lengkap yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah diteliti.

“Laporan daripada JAIPk itu turut mengenal pasti beberapa kumpulan di Perak yang dikhuatiri terlibat dalam ajaran sesat. Kita tidak akan berdiam diri, sebaliknya, ajaran sesat ini perlu diperangi hingga ke lubang cacing kerana ia melibatkan soal akidah dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukma dan Para Sukma di sini, malam tadi.

Pada 4 Okt lepas, media melaporkan Saarani menyatakan bahawa segala tindakan berkaitan GISBH hanya boleh dilaksanakan setelah laporan mengenai kegiatan syarikat tersebut yang disediakan oleh JAIPk dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

Sehari sebelum itu, media melaporkan bahawa Saarani menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemulihan Akidah Pengikut GISBH, mirip kepada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Johor, setelah perincian mengenainya diperoleh dan dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

Sementara itu, Saarani menegaskan bahawa isu ini juga akan diperincikan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk tindakan susulan.

“Selain MKI, Jabatan Mufti Negeri Perak dan JAIPk juga akan dipanggil untuk membantu dalam memastikan gerakan ini dapat dilumpuhkan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This