SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15.7, Lebuhraya Cheras-Kajang, pukul 4.15 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa seorang lelaki berbangsa Melayu dalam perjalanan dari Cheras ke rumah di Kajang.
“Ketika berada di laluan susur keluar lebuhraya, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

