MASALAH brek dipercayai menjadi punca sebuah lori hilang kawalan sebelum melanggar enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sri Medan, Batu Pahat, pada 3.47 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku apabila sebuah lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 46 tahun dalam perjalanan dari Parit Sulong ke Johor Bahru.
Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, lori yang mengalami masalah brek itu telah melanggar empat buah kereta dan dua buah motosikal yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
“Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu lori mendapati bebas dari kandungan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, lori tersebut telah ditahan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Batu Pahat bagi pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

