Dunia Islam perlu kembali memaknai Fiqh al-ta’yush – Zulkifli

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUNIA Islam disaran untuk kembali memaknakan konsep Fiqh al-ta’yush atau co-existence dengan lebih serius. 

Perkara itu disuarakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ketika menyampaikan ucapan dalam Persidangan Antarabangsa: Islam Agama Keamanan dan Kebaikan di Tashkent, Uzbekistan. 

Dalam hantaran di Facebook, Zulkifli menyifatkan kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia adalah teras utama perpaduan yang unik dan boleh dijadikan model. 

Katanya, perpaduan hanya boleh dicapai dengan sikap toleransi, saling menghormati dan berpegang teguh dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev dan kerajaan Uzbekistan atas jemputan untuk saya menyampaikan ucapan dalam Persidangan Antarabangsa: Islam Agama Keamanan dan Kebaikan di Tashkent, Uzbekistan. 

“Berdiri bersama barisan ulama dunia seperti Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi; Maulana Arshad Madani; Syeikh Muhammad Awwamah dan lain-lain nama yang tidak dapat saya sebutkan tanpa mengurangkan rasa hormat kepada mereka. 

“Ia menyebabkan saya memikirkan keutamaan untuk saya memendekkan ucapan saya hanya kepada beberapa minit,” katanya dalam hantaran tersebut. 

Mengulas lanjut, Zulkifli turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Uzbekistan atas inisiatif penganjuran seminar tersebut. 

Beliau menyifatkan seminar itu sebagai amat baik dalam mewajahkan imej Islam yang lebih unggul dan dihormati dunia. 

“Memetik kata-kata guru kepada para guru kami di Syam, Syeikh Hasan Habannakah al-Maydani kepada para ulama di zamannya, “Aku adalah anak-anak kalian [dalam ilmu], dan kamu adalah bapa-bapa kami [dalam ilmu].” Lalu, mana mungkin anak bercakap lebih panjang dari bapanya,” jelasnya. 

Persidangan tersebut berlangsung sehingga hari ini di dua bandar utama iaitu Tashkent dan Khiva. 

Zulkifli turut mengadakan pertemuan khas dengan Mufti Besar Uzbekistan, Sheikh Nuriddin Kholinazarov yang juga merupakan rakan sejawat beliau dalam Muslim Council of Elders. 

Pertemuan itu dijangka memperkukuh hubungan kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan dalam urusan hal ehwal agama. 

Jemputan rasmi kepada Zulkifli disampaikan melalui Kedutaan Besar Uzbekistan di Malaysia yang menggambarkan penghormatan tinggi dan kepercayaan pihak Uzbekistan terhadap kepakaran serta pengalamannya dalam isu-isu berkaitan agama, hubungan antara agama serta pentadbiran hal ehwal Islam. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This