RUU kewarganegaraan lompong, Muhyiddin gesa dibawa ke jawatankuasa khas

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum diluluskan.

Jelas beliau, ini kerana masih terdapat kelompongan terhadap RUU tersebut khususnya melibatkan kanak-kanak dan wanita yang masih boleh diperbaiki.

“Saya dalam beberapa ketika yang lalu telah banyak menemui CSO badan-badan bukan kerajaan yang menyatakan rasa kebimbangan sekiranya pindaan Perlembagaan ini diteruskan.

“Saya fikir kalau sekiranya perlu maka perlulah dirujukkan kepada sebuah jawatankuasa khas terlebih dahulu sebelum dapat diluluskan.

“Supaya perkara-perkara yang saya bangkitkan ini dapat diteliti semula dan juga ditambah baik,” katanya ketika membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

baca artikel lain: GISB: Ada pihak ‘intai’ kanak-kanak di pusat perlindungan – Nancy

Pada masa sama, Muhyiddin menyambut baik dengan cadangan pindaan Bahagian Kedua Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dan ia selaras dengan manifesto Perikatan Nasional (PN).

“Saya juga bersetuju dengan pindaan yang memberikan hak kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang hanya untuk satu generasi sahaja.

“Bagi saya ini adalah suatu mekanisme kawalan yang penting untuk memastikan kelonggaran kepada hak kewarganegaraan yang diberikan tidak disalah guna.

“Kita tidak mahu suatu masa nanti wujud suatu generasi warganegara yang melaksanakan hak-hak seperti mengundi tetapi seumur hidupnya tinggal di luar negara,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This