Polis lepaskan 7 das tembakan selepas dirempuh Triton dipandu penjenayah

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah melepaskan tujuh das tembakan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda yang bertindak merempuh peronda polis di Serendah, Hulu Selangor, pukul 2.41 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku selepas aksi kejar-mengejar sebuah Mitsubishi Triton berwarna hitam yang mencurigakan.

Beliau berkata, kenderaan suspek bertindak merempuh peronda polis ketika cuba ditahan.

“Pegawai polis terbabit telah bertindak melepaskan tujuh das tembakan ke arah kenderaan suspek.

“Bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek yang merupakan empat lelaki tempatan memiliki rekod lampau jenayah dan dadah.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan yang ditinggalkan suspek telah menemui peralatan pecah rumah seperti sebilah parang, kuku kambing, sabit, tukul besi dan pemutar skru,” ujarnya.

Polis kini giat mengesan kesemua suspek yang masih bebas dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Azraai Firdaus di talian 03-60641223.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This