Bekas ahli One Direction, Liam Payne ditemui maut terjatuh dari tingkat 3 hotel

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BEKAS ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan maut di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina, pada Rabu.

Memetik laporan media antarabangsa, Liam yang berusia 31 tahun ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga hotel tersebut.

Menurut pegawai keselamatan, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Pihak polis memaklumkan ketika panggilan diterima, laporan menyebut tentang “seorang lelaki agresif yang mungkin berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol”.

Petugas perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian telah menemui mayat seorang lelaki di bahagian patio hotel terbabit.

Payne mencipta kemasyhuran global sebagai salah seorang ahli kumpulan pop popular One Direction bersama Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson.

One Direction memenangi tempat ketiga selepas menyertai program X Factor di United Kingdom pada 2010.

Namun, pada 2016, mereka berpecah bagi memberi fokus kepada projek solo.

Difahamkan Payne berada di Argentina bagi menyaksikan konsert bekas anggota One Direction iaitu Niall Horan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This