Zayn Malik terkilan tak sempat beri pelukan & ucap terima kasih buat kali terakhir kepada Liam Payne – “Perasaan saya hancur…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Zayn Malik menzahirkan kesedihan terhadap pemergian rakan baiknya yang juga bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne,31, yang ditemui maut terjatuh dari balkoni hotel di Buenos Aires, Argentina, kelmarin.

Zayn atau nama lengkapnya Zain Javadd Malik,31, terkilan tidak sempat bertemu buat kali terakhir bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya.

“Liam, saya sering bercakap sendirian kepada kamu, berharap kamu akan dengar apa yang saya katakan. Saya tak berhenti memikirkan bahawa masih banyak lagi perbualan antara kita selama hidup ini.

“Saya tak pernah sempat mengucapkan terima kasih kepada kamu atas sokongan kepada saya termasuklah ketika tempoh sukar dalam hidup saya,” tulisnya.

Penyanyi lagu Stardust itu berkongsi luahan hatinya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam entri sama, Zayn turut memuat naik foto kenangan bersama Liam sewaktu mereka remaja.

“Ketika saya merindui kampung halaman, kamu sentiasa ada disisi saya dengan pandangan positif dan sentiasa tersenyum. 

“Malah, kamu sering mengatakan saya adalah sahabat kamu dan membuatkan saya rasa disayangi walaupun ketika kita hanya berusia 17 tahun.

“Kamu sentiasa lebih bijak daripoda saya. Kamu berpendirian tegas dan tak kisah untuk memberitahu orang apabila mereka salah.

“Biarpun kita sering bertengkar mengenai perkara ini tapi sebenarnya saya sentiasa hormati kamu dalam diam,” ujanrya.

Zayn juga menyifatkan mendiang Liam seorang yang berbakat besar dalam muzik.

Malah, anggota One Direction sentiasa merujuk kepad Liam sebelum membuat persembahan pentas.

“Saya kehilangan seorang ‘abang’ apabila kamu meninggalkan One Direction. Saya juga tak dapat berikan pelukan terakhir dan ucapkan selamat tinggal kepada kamu.

“Saya juga tak sempat nak beritahu yang saya menghargai dan sayangkan kamu. Saya akan kenang semua memori kita bersama selamanya. 

“Tiada perkataan yang dapat diluahkan tentang perasaan saya yang hancur saat ini. Saya harap kamu berada dalam keadaan baik dan tahu bahawa kamu disayangi,” katanya.

Selain Zayn dan Liam, One Direction turut dianggotai oleh Niall Horan, Harry Styles dan Louis Tomlinson.

Terdahulu, Liam dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga balkoni bilik hotelnya di Buenos Aires, Argentina.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This