PROGRAM MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sayangi Sabah yang telah berlangsung selama tiga hari dari 18 hingga 20 Oktober lalu mencatatkan 485,474 pengunjung.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan program bagi Zon Sabah itu merupakan kolaborasi antara Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri bersama sebagai kementerian peneraju dan Kerajaan Negeri Sabah.
Jelas beliau, pengisian program melibatkan pembukaan 36 unit reruai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah selain penglibatan sektor swasta.
“Antara komponen yang telah disediakan adalah sebanyak 215 perkhidmatan touchpoint rakyat, penglibatan 118 usahawan Jualan MADANI,
pameran aset oleh empat agensi kerajaan, 14 majikan di karnival kerjaya, 40 acara sesi libat urus pentas, 20 aktiviti luar, 28 perkhidmatan kos sara hidup dan 18 aktiviti agenda belia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk rekod, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Turut berlangsung dalam majlis tersebut adalah pelancaran inisiatif KITA GEMPUR iaitu Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan oleh Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Armizan berkata, inisiatif itu merupakan satu langkah strategik kerajaan melalui KPDN untuk membina gerakan massa bagi menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi.
Katanya, kerajaan melalui KPDN beriltizam untuk melibatkan seluruh rakyat dalam memastikan usaha membanteras manipulasi dan ketirisan barangan kawalan dapat ditangani.
Sementara itu, dalam majlis sama, telah berlangsung penyampaian surat hak milik tanah individu kepada wakil penerima dari lapan daerah.
Armizan berkata, pengeluaran surat hak milik tanah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Pengukuran Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) melalui bantuan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah.
“Objektif PANTAS antaranya adalah untuk memelihara dan melindungi kepentingan Anak Negeri Sabah atas tuntutan hak tanah adat dan
pemilikan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah.
“Sebagai salah satu langkah meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pendekatan Community Based Project, Perdana Menteri turut
menyerahkan cek cura kepada wakil-wakil penerima Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) dan melancarkan Nombor Plat Istimewa (NPI) MADANI untuk tujuan bidaan,” katanya.
Armizan menambah, KPDN selaku kementerian peneraju turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak merentasi kementerian/agensi persekutuan dan negeri, syarikat swasta, para usahawan dan khususnya warga Sabah yang telah hadir menjayakan dan memeriahkan program ini.
Katanya, penganjuran PMR Sayangi Sabahtelah berjaya mencapai objektif untuk merakyatkan program dan perkhidmatan kerajaan di akar umbi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

