Kharisma Music, syarikat penganjur konsert dengan bangganya mengumumkan konsert paling ditunggu-tunggu, ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ pada 3 November ini di Megastar Arena, KL, bermula jam 8 malam.
Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny, menyatakan pihaknya sangat teruja dengan kehadiran Raisa di Kuala Lumpur.
“Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik yang hebat, tetapi juga peluang untuk merasai keindahan muzik Raisa secara langsung.
“Ini adalah peluang luar biasa bagi semua peminat Raisa untuk menyaksikan sendiri persembahan ‘teristimewa’ yang pasti akan mencipta memori indah yang tidak terlupakan, serta dapatkan tiket-tiket konsert dengan segera sebelum kehabisan.
“Jangan lupa nantikan hiburan seterusnya dari Kharisma Music,” katanya.

Sementara itu, Raisya menyifatkan konsert itu amat istimewa buat dirinya secara peribadi.
“Segala persediaan dilakukan secara langsung oleh saya sendiri bersama pasukan, dan ia pasti berbeza dari konsert-konsert sebelumnya,” ujarnya.
Raisa, yang dikenali menerusi single pertamanya ‘Serba Salah’ dari album sulungnya pada 2011, telah meraih pelbagai anugerah termasuk ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia ke-15, dengan vokal yang mengagumkan, Raisa terus memikat hati jutaan peminat di seluruh rantau Asia.
Konsert kali ini adalah sebahagian daripada jelajah muzik Raisa yang sangat dinanti-nantikan, di mana dia akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Kali Kedua’, ‘Jatuh Hati’ dan ‘Mantan Terindah’.
Penonton akan disajikan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, termasuk persembahan melebihi 20 buah lagu dan kerjasama dengan iringan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.
Konsert ini dijadualkan berlangsung lebih dari dua jam, lengkap dengan reka bentuk pentas yang menarik serta kesan audio visual yang ‘teristimewa’.
Pembeli tiket VVIP dan VIP juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan Raisa dalam sesi ‘meet & greet’.
Untuk makluman, tiket-tiket ke konsert ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ sudah pun mula dijual pada 9 September 2024 lalu di laman web ticket2u.com.my/raisa dan hanya berbaki sedikit sahaja lagi.

