Pelakon Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Malaysia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON terkenal Indonesia, Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada jejaka kelahiran Malaysia, Mirzan Meer dan diraikan dalam satu majlis resepsi, baru-baru ini.

Pernikahan Pevita dan Mirzan yang juga anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin itu berlangsung dalam sebuah acara yang hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat pasangan itu. 

“Hari ini (semalam), dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan,” tulis Pevita menerusi hantaran di akaun Instagram  miliknya.

Turut meraikan pasangan pengantin ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan dan beberapa selebriti popular lain.

Mirzan Meer adalah Pengarah Time Zone Group yang juga anak syarikat Habib Group.

Pevita, 32, sebelum ini terkenal menerusi watak Hayati dalam filem pecah panggung, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck pada 2013.

Selain itu, Pevita juga pernah membintangi filem seperti 5 cm (2012), Sebelum Iblis Menjemput (2018), Gundala (2019) dan Sri Asih (2022).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TV AlHijrah, MAIWP santuni 30 pelajar asnaf menerusi program Bangkit Asnaf 2026

PEMBANGUNAN modal insan dan suntikan motivasi berterusan menjadi kunci utama dalam usaha membebaskan golongan asnaf daripada belenggu kemiskinan tegar. Menyedari...

More Articles Like This