Kes bunuh Cikgu Istiqomah: 23 Disember untuk serah laporan kimia, bedah siasat

Dari Penulis

MAHKAMAH Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 23 Disember bagi penyerahan laporan kimia dan bedah siasat kes bunuh guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi.

Majistret Dr Teoh Shu Yee memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan tarikh sebutan baharu selepas dimaklumkan bahawa kedua-dua laporan masih belum diperoleh.

Peguam bela, Ahmad Nur Awalluddin Zakarian mewakili tertuduh yang merupakan bekas cikgu Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, tidak membantah permohonan itu.

Pada 19 Ogos lalu, Mohd Fadzly Ariffadzilah, didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membunuh guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Dia didakwa membunuh Istiqomah Ahmad Rozi pada 26 hingga 31 Disember di tepi Jalan Kampung Tanjung Rimau Luar Pulau Sebang di Alor Gajah.

UtusanTV sebelum itu melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang pada 6 Januari lalu.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badan iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang.

Bagaimanapun, identiti mangsa gagal dikenal pasti dan pihak patologi hanya mengesahkan mayat dianggarkan berumur antara 20 hingga 30-an dan merupakan seorang wanita.

Berikutan penemuan mayat itu, polis turut menjalankan ujian DNA ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan sebelum itu namun negatif.

Selepas lapan bulan, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.

Susulan itu Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos.

Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua individu telah membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat mangsa dijumpa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This