SEORANG guru Tadika dan penghantar makanan direman selepas melanggar motosikal anggota polis yang membuat pemeriksaan ketika pasangan itu berdua-duaan di dalam Toyota Vellfire.
Kejadian berlaku di kawasan Jinjang pada pukul 11.45 malam, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, anggota polis melalui tempat kejadian ketika rondaan cegah jenayah ternampak sebuah Vellfire dalam keadaan enjin hidup.
“Anggota polis kemudian meletakkan motosikal di hadapan kereta berkenaan dan menyuluh ke arah kenderaan itu sambil mengeluarkan kad kuasa dan memperkenalkan diri sebagai polis.
“Suspek yang berada di bahagian tempat duduk belakang dengan hanya berseluar dan tidak berbaju bergerak ke bahagian pemandu dan terus menekan minyak lalu merempuh motosikal anggota terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek bertindak merempuh dan mengheret motosikal anggota polis terbabit sejauh kira-kira 300 meter untuk melarikan diri.
Katanya, anggota polis terbabit sempat mengelak dan mengejar kenderaan berkenaan bersama beberapa anggota lain sehingga di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sebelum hilang dari pandangan.
“Bertindak di atas maklumat kedua-dua suspek berjaya ditahan di sekitar Batu Caves, Gombak dan Taman Melati, Setapak.
“Suspek lelaki direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 Oktober manakala suspek wanita sehingga esok,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

