3,000 pengunjung dijangka meriahkan Showcase Satu Daerah Satu Industri Wilayah Tengah 2024

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 3,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Tengah 2024 yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam.  

Program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor itu diadakan di Dewan Kenanga dan Perkarangan Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling di Sungai Buloh. 

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan dijangka menyempurnakan majlis perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri  Wilayah Tengah itu, esok. 

Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang hadir meninjau perjalanan program pada hari ini.

KUSKOP dalam kenyataan memaklumkan, Showcase Satu Daerah Satu Industri Wilayah Tengah 2024 itu merupakan inisiatif bagi mengetengahkan produk usahawan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan di bawah satu bumbung. 

Menurut kementerian itu, produk yang diketengahkan merangkumi empat kluster iaitu makanan dan minuman (F&B); kesihatan; kraf serta inap desa. 

Selain itu, antara tumpuan utama dalam Showcase Satu Daerah Satu Industri itu termasuk Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena sambutan Deepavali yang bakal kunjung tiba. 

“Lebih menarik, JMKU yang dianjurkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan barangan keperluan asas seperti gula, tepung, minyak masak dan produk-produk koperasi dengan kadar penjimatan sekitar 20 peratus diskaun daripada harga pasaran,” katanya.

Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hadir meninjau reruai produk yang dijual di Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Tengah 2024, hari ini.

Baca artikel lain: KUSKOP komited laksana bantuan keusahawanan termasuk usahawan India

Lebih menarik, pengunjung yang hadir juga boleh menikmati tawaran diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50 peratus. 

Penganjuran Showcase Satu Daerah Satu Industri itu bertujuan mewujudkan dan memperluas rantaian perniagaan antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, ejen pemasaran, stokis, pengimport serta pasar raya besar dalam dan luar negara. 

Showcase tersebut juga bertujuan menyediakan medium pemasaran produk dan perkhidmatan SDSI yang berkualiti, memberi kesedaran, meningkatkan akses dan peluang pembiayaan perniagaan kepada usahawan SDSI. 

Seramai 56 usahawan SDSI dari Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan terlibat dalam aktiviti jualan dalam program tersebut. 

Selain jualan produk dan perkhidmatan usahawan SDSI, program berkenaan turut menyediakan jualan food truck dan jualan Anekarasa MADANI yang menghidangkan pelbagai menu unik dan terkenal. 

Usahawan turut berpeluang menyertai program padanan perniagaan (PADANIAGA) dan Akses kepada Peluang Pembiayaan (BIAYA Usahawan SDSI) yang dapat dimanfaatkan. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This