PIALA DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III membuka tirai, hari ini dengan penglibatan lebih daripada 300 orang penembak dari dalam dan luar negara.
Sebanyak 15 peserta merupakan penembak luar manakala selebihnya adalah dari dalam negara yang menguasai kejohanan tersebut sejak dua tahun lalu.
Kejohanan bertaraf Konfederasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Level III itu terbahagi kepada empat divisyen iaitu Production, Production Optic, Standard dan Open.
Selain itu, kejohanan yang memasuki tahun ketiga penganjuran itu turut melibatkan empat kategori pertandingan iaitu Overall, Wanita, Senior dan Super Senior.
Piala DSS 2024 dijalankan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya yang merupakan penganjur kejohanan tersebut, selain dikenali sebagai lapang sasar terbaik di negara ini.
Kejohanan kali ini dilihat mencabar dengan penganjur mengambil keputusan untuk memaksimumkan kemudahan yang dimiliki oleh KMSS.
Dengan kata lain, 16 daripada 17 lurah yang terdapat di KMSS akan digunakan sepenuhnya dalam Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III.
Pengarah kejohanan, Mohamad Hamdan Abu Bakar ketika dihubungi UtusanTV berharap, penganjuran berjalan lancar dengan para penembak dapat mempamerkan disiplin serta sikap yang baik sepanjang kejohanan berlangsung.
Baca artikel lain: Kerajaan sedang pelajari cara urus pusat data, kembang industri secara mampan – Liew
“Harapan saya untuk berlangsungnya kejohanan esok, mengharap kejohanan kali ini memberikan cabaran kepada peserta dari segi reka bentuk 16 ‘course of fire’ yang bakal peserta tempuh selama dua hari.
“(Saya juga berharap) sepanjang pertandingan ini peserta mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak penganjur supaya ianya berjalan lancar dan selamat hendaknya.
“Selaku pengarah kejohanan saya mengucapkan selamat bertanding dan buktikan kemahiran serta kemampuan anda semua,” katanya menerusi hantaran ringkas, hari ini.
Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III berlangsung selama lima hari bermula Rabu sehingga Ahad ini.
Ini merupakan penganjuran kali ketiga kejohanan tersebut, yang mana bertaraf level II dan kemudiannya dinaikkan ke level III pada tahun ini.
Bagaimanapun, kejohanan hanya akan bermula hari ini, di mana pada hari Rabu dan Khamis merupakan tarikh para peserta mendaftar untuk mengesahkan penyertaan mereka.
Dalam tempoh dua hari itu juga akan digunakan oleh pegawai tapak tembak atau range officer (RO) untuk menguji lurah yang akan digunakan kelak.
Pertandingan akhir bagi kesemua kategori akan berlangsung Ahad ini, dengan lapan peserta terbaik akan bersaing untuk mengungguli saingan masing-masing.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

