ENAM buah kenderaan rosak dihempap papan tanda dalam kejadian angin kencang di sebuah pasar raya dekat Pusat Perniagaan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 3.44 petang.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah papan tanda berukuran 100 x 20 kaki persegi telah menghempap enam buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Vios, dua buah Proton Saga, sebuah BMW, Perodua Myvi dan Jaecoo yang berada di parkir kenderaan.
“Seorang wanita Melayu berusia 45 tahun yang berada di dalam Vios mengalami trauma dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum di hantar ke klinik bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

