PERKONGSIAN maklumat dalam bidang kewartawanan kepada para siswazah di universiti menjadi fokus utama dalam Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2024 berkata melalui program itu, siswazah didedahkan mengenai perkembangan industri media pada masa kini.
“Untuk tahun ini HAWANA memperkenalkan siri jelajah bersama siswa, yang bermatlamat berkongsi maklumat dan perkembangan semasa tentang bidang kewartawanan dan industri media.
“Berikutnya program Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa, kita akan adakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk zon Tengah,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa bagi zon Sabah, di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.
Baca artikel lain: Lima lelaki mengaku tidak bersalah terlibat rompakan bersenjata
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS Prof Dr Rosalam Sarbatly dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj yang juga Pengarah Projek HAWANA 2024.
Sempena program itu hari ini, Nur-ul Afida menyampaikan sumbangan satu set komputer berkeupayaan tinggi dan sebuah televisyen pintar kepada Program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS.
“Dengan adanya Bernama, kita boleh hantar pelajar-pelajar UMS malah pensyarah untuk turut sama belajar dan pelajaran yang paling baik adalah menerusi pengalaman,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

