HAWANA 2024: Perdana Menteri rasmi majlis kemuncak hari ini

Dari Penulis

SAMBUTAN Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang bermula sejak Sabtu lepas akan melabuhkan tirainya petang ini dengan acara kemuncak perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berlangsung di sebuah hotel di Kuching, acara penuh gilang-gemilang itu akan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada pengamal media tempatan serta antarabangsa.

Pada acara kemuncak kira-kira 3 petang ini, tumpuan pastinya kepada amanat Perdana Menteri selain beliau akan turut menyampaikan Anugerah HAWANA 2024 dan bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada penerima memerlukan.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai kelapangan ‘juh rami-rami nangak’ (jom ramai-ramai) ke Pameran HAWANA 2024 yang berlangsung tiga hari sejak Sabtu di Plaza Merdeka, Kuching.

Baca artikel lain: HAWANA 2024: ‘Juh Raon’ bantu pengamal media kenali lebih dekat budaya Sarawak

Mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, HAWANA 2024 yang pertama kali dianjurkan di Sarawak dimulakan dengan Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa di Pustaka Negeri Sarawak.

Selain itu, turut diadakan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 dan ‘Juh Raon’ yang bermaksud ‘jom bersiar-siar’ dalam dialek tempatan, yang membawa peserta menerokai tempat menarik sekitar bandar raya Kuching.

Semalam, peserta HAWANA 2024 diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.

Acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan Sarawak dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This