Aplikasi e-Azzuha permudahkan bakal jemaah umrah & haji

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

JEMAAH umrah dan haji yang bakal ke Tanah Suci akan lebih bersedia dan menerima informasi dengan pantas menerusi aplikasi e-Azzuha yang disifatkan memudahkan.

Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd bangga apabila perancangan yang dilhamkan sebelum pandemik Covid-19 itu akhirnya terlaksana pada tahun ini.

Aplikasi tersebut direka khas untuk memberikan kemudahan kepada bakal jemaah dalam memilih pakej, membuat tempahan, dan menguruskan perjalanan umrah secara digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd, Abdul Malik Abdul Raman berkata, aplikasi itu merupakan satu langkah besar dalam transformasi digital industri pelancongan Islamik di Malaysia.

“Aplikasi e-Azzuha menawarkan pendekatan baharu dalam industri pelancongan Islamik dengan memanfaatkan teknologi moden untuk memudahkan pengurusan perjalanan umrah dan haji. 

“Kami percaya aplikasi ini akan memberi manfaat besar kepada para jemaah.

“Kami menyedari bahawa pengurusan perjalanan umrah memerlukan ketelitian dan perhatian penuh kepada butiran kecil. 

“Dengan e-Azzuha, kami ingin memastikan setiap jemaah dapat mengurus perjalanan mereka dengan lebih lancar, tanpa sebarang tekanan atau kekeliruan,” katanya.

Abdul Malik berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tautan Kasih Hujjaj Azzuha di Puspanitapuri Dewan Seri Endon, Presint 10 Putrajaya, hari ini. 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan 1,000 pengunjung.

Aplikasi e-Azzuha menyediakan pelbagai ciri canggih, termasuk modul perjalanan umrah yang komprehensif.

Pada masa sama, pengguna boleh merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah melalui bantuan kecerdasan buatan (AI) yang membantu mereka membuat keputusan yang tepat berdasarkan keperluan individu.

“Aplikasi ini adalah satu platform komprehensif yang merangkumi semua aspek perjalanan umrah daripada tempahan penerbangan hingga kepada pemantauan perjalanan. 

“Kami mahu jemaah kami selamat, tenang, dan yakin sepanjang perjalanan mereka,” jelasnya.

Selain itu, aplikasi tersebut juga menawarkan kemudahan pembayaran atas talian yang selamat dan pantas. 

Pengguna boleh membuat pembayaran secara terus melalui aplikasi, memudahkan proses tempahan tanpa perlu berkunjung ke pejabat fizikal.

Salah satu ciri unik e-Azzuha adalah kemampuannya untuk memantau status perjalanan secara langsung.

Pengguna boleh mengikuti perkembangan perjalanan mereka dan mendapatkan maklumat terkini tentang status penerbangan, tempat penginapan, dan panduan perjalanan.

“Kami berusaha memastikan bahawa setiap langkah perjalanan jemaah dipantau dan dipermudahkan. 

“Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mendapatkan bantuan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dengan akses kepada mutawif dan khidmat pelanggan kami yang berdedikasi,” ujarnya.

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna berhubung secara langsung dengan mutawif dan pegawai khidmat pelanggan yang bersedia 24 jam. 

Ini memberikan pengalaman yang lebih personal dan interaktif, menjadikan proses umrah lebih teratur dan terurus dengan baik.

Abdul Malik menyasarkan 20,000 pengguna aplikasi e-Azzuha menjelang akhir tahun pertama pelancarannya. 

“Sasaran kami adalah untuk menjadikan e-Azzuha sebagai aplikasi wajib bagi setiap jemaah yang ingin menjalankan ibadah umrah dengan mudah dan efisien. 

“Teknologi ini bukan sahaja untuk mempercepatkan urusan tetapi juga untuk memberi ketenangan fikiran kepada para jemaah,” jelasnya.

e-Azzuha kini boleh dimuat turun secara percuma di AppleStore untuk pengguna iOS dan Playstore untuk pengguna Android. 

Aplikasi ini turut menawarkan pelbagai pakej umrah bagi tahun 1446H dan 1447H. 

Pengguna boleh merancang perjalanan mereka lebih awal dan memilih pakej yang sesuai berdasarkan tarikh dan bajet yang ditetapkan.

“Kami memahami bahawa setiap jemaah mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. 

“Dengan pelbagai pilihan pakej, pengguna boleh memilih yang terbaik untuk mereka dan keluarga mereka,” katanya.

Bagi pelanggan setia Azzuha, pelbagai promosi dan tawaran istimewa boleh didapati melalui aplikasi terbabit.

Pengguna berpeluang menikmati potongan harga dan ganjaran yang boleh ditebus dalam aplikasi.

Walaupun fokus utama aplikasi itu adalah untuk pengguna setia Azzuha, pengguna baharu juga dialu-alukan untuk menikmati tawaran dan diskaun menarik yang disediakan. 

Ini memberi peluang kepada lebih ramai jemaah untuk menikmati perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

Azzuha Group juga bercadang untuk memperluas penggunaan aplikasi ini ke peringkat global dengan harapan ia dapat menjadi platform utama bagi industri pelancongan Islamik di seluruh dunia. 

Aplikasi ini juga dijangka menarik perhatian dari agensi-agensi pelancongan dan kerajaan, serta syarikat penerbangan.

“Kami tidak berhenti di sini. Hasrat kami adalah untuk menjadikan e-Azzuha satu inovasi global, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada umat Islam di seluruh dunia,” ungkapnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This