Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini

Dari Penulis

PERLEMBAGAAN Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung berkuat kuasa hari ini, bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Amir Matamin berkata selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau mengeluarkan arahan itu di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi NAFAS.

“Dengan perintah yang dikuatkuasakan hari ini, NAFAS mempunyai hak selaras dengan Seksyen 21 Akta Pertubuhan Peladang untuk merayu kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perintah ini.

“Keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dirayu atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah,” katanya pada sidang media Reformasi Tatakelola NAFAS yang turut dihadiri Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar, hari ini.

Amir berkata semasa tempoh penggantungan, NAFAS akan diurus dan ditadbir oleh pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh beliau, untuk menguruskan hal ehwal pertubuhan itu.

Bagaimanapun beliau berkata NAFAS masih terus beroperasi seperti biasa, dengan kakitangan dan pegawai sedia ada akan meneruskan sebarang urusan di bawah arahan pentadbir.

Baca artikel lain: Sesi pertanyaan kepada PM sepanjang November dijawab menteri

Pada masa yang sama beliau akan terus memantau tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan dengan memfokus kepada pemulihan semula pertubuhan berkenaan, selaras dengan objektif memperkasakan semua tatakelola dan tadbir urus yang baik, untuk kepentingan peladang-peladang.

Sementara itu, Mahfuz berkata Mohamad telah mengeluarkan arahan untuk memperbaiki tatakelola dan tadbir urus NAFAS selama sembilan bulan sejak 7 Feb yang berakhir semalam.

“Semasa di dalam tempoh perintah ini, NAFAS telah diarahkan untuk menambah baik sistem tatakelola dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Pendaftar.

“Bagaimanapun dalam tempoh moratorium ini, telah berbangkit isu-isu yang menjurus kepada konflik dan ketidakharmonian dalaman di antara Jemaah Pengarah NAFAS dengan Pengurusan Eksekutif NAFAS,” katanya.

Beliau berkata isu itu telah menjejaskan operasi dan matlamat NAFAS sehingga kepentingan am peladang juga terjejas.

Ditanya mengenai siasatan penyelewengan dan ketirisan projek pembekalan baja padi, Amir berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita tiada maklumat. SPRM belum buat apa-apa laporan kepada pendaftar. Pendaftar akan membuat penyiasatan dalaman di bawah Seksyen 20 (1), yang pendaftar sendiri mempunyai punca kuasa untuk audit dan buat siasatan dalaman mengikut Seksyen 19,” katanya.

Selasa lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya memulakan siasatan dan pembongkaran berhubung penyelewengan dan ketirisan projek pembekalan baja padi sebuah pertubuhan di bawah kementerian terbabit.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This