Pasti ramai yang suka membuat dessert tetapi tidak tahu cara menghiasnya agar nampak cantik dan mengiurkan untuk dicuba. SAJI kongsikan idea untuk menghidangkan dessert di atas piring dengan cara yang betul. Ehhh…! Fefeling macam makan dessert di restoran mewah. Siapa kata tak boleh? Kita yang buat pasti boleh! Selamat mencuba…
- PILIH PIRING WARNA PUTIH
Kebiasaannya dessert dihasilkan dengan pelbagai warna yang menarik. Jadi pilihlah piring berwarna putih untuk menghidangkan dessert. Piring putih memberikan efek kontra, membuatkan warna makanan menjadi lebih cerah serta teksturnya lebih menarik. Sebab itu, piring putih menjadi pilihan kebanyakkan Chef. - HINDARI SKEMA WARNA SEKATA
Sepiring makanan akan terlihat menarik jika terdapat beberapa warna yang kontra di atasnya. Seperti contoh, semangkuk oatmeal perlu dihidangkan dengan memasukkan buah-buah seperti beri segar, siraman sirap maple kuning dan pelbagai lagi agar ianya menarik. - PERHATIKAN TEKSTURNYA
Tekstur dan warna adalah dua perkara penting saat membicarakan tentang hidangan di atas piring. Jika makanan terlalu berminyak, terlalu kering, lembik, keras, atau liat ianya akan mencacatkan rupa makanan. Jadi masaklah dengan baik agar apa yang ditonjolkan seiring dengan rasa. - LAKUKAN EKSPERIMEN DENGAN BENTUK-BENTUK YANG MENARIK
Misalnya, memotong agar-agar gunakan acuan dalam pelbagai bentuk menarik seperti bintang, atau love. Ianya akan lebih menarik berbanding potongan empat segi. - HADKAN JUMLAH HIDANGAN
Isilah dua pertiga bahagian piring dengan dessert. Selebihnya harus kosong. Ruang yang kosong akan memberikan efek hingga makanan kelihatan menarik. Jika piring penuh, dessert itu sendiri tidak akan nampak menarik. - IKUTI ATURAN JUMLAH GANJIL
Elemen hidangan dalam jumlah ganjil secara visual lebih menarik daripada jumlah genap. Misalnya ketika anda hidangkan pemanis mulut berasaskan udang, pastikan di atas pinggan 5 atau 7 ekor bukan 4 atau 6. - SUSUN MENINGGI
Susunan meninggi sesebuah hidangan biasanya kita akan lihat di restoran-restoran mewah. Susunan brownies atau kek dengan susunan meninggi menyilang juga lebih menarik berbanding di susun satu-satu di atas piring. - GUNAKAN HIASAN MENAMBAH CITA RASA HIDANGAN
Jangan takut untuk mencuba. Sesekali kreatif dengan menggunakan hiasan seperti gula halus, tomato ceri, serbuk kayu manis, hirisan lemon, pasti hidangan anda akan kelihatan lebih menarik. Namun begitu, gunakan hiasan itu mengikut kesesuaian hidangan, bukan ikut suka.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

