Dua daripada enam rakyat Malaysia ditahan di Thailand ada rekod jenayah dadah

Dari Penulis

DUA daripada enam individu rakyat Malaysia yang dilapor ditahan di sebuah hotel di Golok, Thailand, Jumaat lalu disahkan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Mohd Yusoff, kedua-dua individu yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu adalah lelaki.

Beliau berkata, dua lelaki terbabit pernah ditahan kerana memiliki dadah di Kelantan.

“Sehingga kini kita serahkan kepada polis Thailand untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” katanya.

Mohd Yusoff bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kesemua individu yang ditahan itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Baca artikel lain: Miliki 6,000 pil kuda, 6 rakyat Malaysia termasuk penyanyi dibawa ke Mahkamah Narathiwat

“Secara logik takkan 6,000 biji pil kuda untuk milikan atau makan sendiri? Namun saya tidak dapat sahkan sama ada mereka terbabit dengan pengedaran atau sebaliknya.

“Bagaimanapun hasil ujian air kencing terhadap kesemua mereka adalah positif methamphetamine,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seramai enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat moden Kelantan yang ditahan di sebuah hotel di Golok, Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, pagi tadi.

Kesemua mereka meninggalkan Balai Polis Sungai Golok kira-kira jam 10.30 pagi (waktu Thailand) menaiki trak polis.

Kira-kira 50 ahli keluarga dan rakan-rakan yang menunggu di balai polis berkenaan sejak jam 9 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This