Shopee Superstar Awards 2024 rai 116 usahawan e-dagang

Dari Penulis

Shopee Superstar Awards 2024 mengiktiraf 116 individu cemerlang dalam 20 kategori, termasuk beberapa anugerah pilihan peminat yang dipilih melalui undian awam – menampilkan afiliasi terkemuka Malaysia dalam komuniti e-dagang.

Anugerah berprestij baharu, ‘Kelab 5,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’ dan ‘Kelab 2,000,000 Ringgit Shopee Affiliate’, mengiktiraf afiliasi yang berjaya membantu perniagaan tempatan mencapai nilai jualan sehingga  RM5 juta dan RM2 juta di Shopee. Kategori lain yang diraikan termasuk ‘Pencipta Baru Paling Popular’ dan ‘ Pencipta Paling Popular’ untuk kandungan fesyen, gaya hidup, elektronik, dan kecantikan.

Ketua Komunikasi Kerajaan dan Perhubungan Awam di Shopee Malaysia, Nadia Anwar berkata, anugerah ini berjaya menyerlahkan impak besar Afiliasi Shopee kepada penjual dan jenama tempatan yang memacu pertumbuhan komuniti dalam sektor dagangan dalam talian di Malaysia.

“Tahun ini, kami berbesar hati mengalu-alukan lebih 300,000 afiliasi baharu ke dalam ekosistem kami – peningkatan tiga kali ganda daripada tahun lalu.  Dedikasi dan semangat keusahawanan para afiliasi membawa inspirasi dan diiktiraf melalui anugerah yang dimenangi mereka pada malam ini.

“Shopee komited untuk menyokong aspirasi pempengaruh dan bakat tempatan dalam membina rangkaian afiliasi yang kukuh. Melalui pelbagai saluran seperti Shopee Live, Shopee Video, dan hantaran dalam talian, afiliasi berpeluang memaksimumkan impak dan capaian mereka.

“Dengan insentif tambahan 15 peratus melalui komisen rujukan (referral) daripada rakan mereka, afiliasi mempunyai laluan yang jelas untuk meningkatkan potensi pendapatan mereka. Anugerah ini mengukuhkan komitmen Shopee terhadap inklusiviti dan pemerkasaan komuniti, membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang untuk cemerlang dalam ekonomi digital lalu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

Malam anugerah ini turut memberi penghargaan kepada afiliasi terunggul Shopee yang berjaya meningkatkan jumlah pesanan bagi penjual dalam kategori fesyen (600%), kecantikan (300%), dan gaya hidup (250%) pada tahun ini sahaja.

Shopee juga meraikan lebih daripada 500,000 Afiliasi Shopee dalam komuniti mereka, yang secara kolektif telah menjana lebih 90 juta pesanan untuk PMKS tempatan, penjual, dan jenama di platform pada tahun 2024. Anugerah ini mencerminkan komitmen Shopee untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar berjaya dalam ekonomi digital, sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam pada itu, pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming yang menerima Anugerah Superstar Shopee turut menyatakan bagaimana platform ini membantunya dalam perniagaan.

“Menghadiri Shopee Superstar Awards 2024 adalah satu detik istimewa bagi saya, kerana Shopee memainkan peranan besar dalam perkembangan saya sebagai seorang usahawan. Saya berbesar hati dapat berkongsi pandangan tentang penciptaan kandungan bersama komuniti, sambil melihat begitu ramai penjual dan afiliasi yang memacu ekonomi digital Malaysia.

“Shopee bukan sahaja menyediakan platform untuk saya mempamerkan karya, tetapi juga memperkasa saya untuk berhubung dengan khalayak yang lebih luas dan mengembangkan perniagaan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This