Jenazah wartawan veteran, Rosnah Abd Majid selamat dikebumikan

Dari Penulis

JENAZAH wartawan veteran dan bekas ahli politik, Datuk Rosnah Abd Majid, 71, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur pada 10 pagi ini.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati pada 8 pagi untuk disembahyangkan.

Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan wartawan hadir memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 9.35 pagi untuk pengebumian.

Allahyarham Rosnah yang pernah bertugas di akhbar Utusan Malaysia selama 20 tahun sejak 1977, meninggal dunia di rumah kakaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 9.30 pagi semalam.

Baca artikel lain: Penerima Anugerah Kajai pertama Rosnah Abd Majid meninggal dunia

Allahyarham yang dilahirkan pada 1953 di Sungai Pial, Merbok, Kedah merupakan pemenang pertama Anugerah Kajai pada 1984.

Rosnah juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Tanjung Dawai selepas menewaskan calon PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dan pernah menyandang jawatan Ketua Jawatankuasa Perhubungan Wanita UMNO Negeri Kedah bagi penggal 2000/2003.

Beliau turut dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia selama setahun pada 2007.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This