Polis belum terima laporan perubatan mangsa buli UPNM

Dari Penulis

Polis belum menerima laporan perubatan melibatkan kes seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah di rusuk dan belakang badan akibat dipijak pelajar senior akademi berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kertas siasatan kes berkenaan juga sedang dilengkapkan oleh pegawai penyiasat sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan laporan perubatan masih belum diperoleh, setakat hari ini seramai 13 individu telah dirakam keterangan termasuk suspek berusia 22 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 10 Nov lepas Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun satu, mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga, dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam, 21 Okt dan polis  menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam, 8 Nov.

Pada Isnin lepas suspek kes berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk memberikan keterangan dan dibenarkan pulang selepas selesai urusan berkenaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This