‘Travel with Larrie’ umum pemenang, Larrie lancar koleksi Musim Bunga/Panas 2025 dan Kempen Green Check-out Mastercard

Dari Penulis

Peraduan “Travel with Larrie” berakhir dengan pengumuman tiga pemenang bertuah yang memenangi hadiah percutian ke destinasi impian bernilai RM33,000 iaitu Jepun, Taiwan dan Bali.

Peraduan yang berlangsung dari 1 September 2024 hingga 31 Oktober 2024, adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan setia Larrie untuk memenangi hadiah melancong ke destinasi impian mereka.

Majlis yang bertemakan ‘Pickleball’ dipilih bertujuan untuk menunjukkan keselesaan dan sokongan kaki dari produk tapak dalaman kasut Larrie, yang direka dengan teknologi lantunan semua, yang bersesuaian dengan segala aktiviti termasuklah berolahraga. Majlis turut disempurnakan dengan pelancaran koleksi terkini dari koleksi Larrie Musim Bunga/Panas 2025.

Dalam masa yang sama, Larrie turut melancarkan kempen Green Checkout dengan kerjasama Mastercard. Inisiatif ini menyepadukan usaha penanaman pokok dan penghutanan semula ke dalam pengalaman membeli-belah dalam talian. Sebagai sebahagian daripada komitmen Larrie terhadap kelestarian alam sekitar, kempen ini membolehkan pelanggan menyumbang kepada penanaman pokok dengan setiap pembelian.

Di bawah program Green Checkout, pelanggan yang membelanjakan RM250 atau lebih secara automatik menyokong usaha penghutanan semula. Inisiatif ini menyasarkan pengguna yang mementingkan kesejahteraan alam sekitar, menawarkan mereka cara untuk memberi impak positif melalui pilihan membeli-belah mereka sambil membiayai program penghutanan semula dan mempromosikan masa depan yang lebih hijau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This