VOL II : Bijakkah Anda Mengunakan Kad Kredit?

Dari Penulis

Fakta Kad Kredit

Pertama, marilah kita betul-betul memahami bagaimana kad plastik ‘ajaib’ ini berfungsi. Kita diberi talian kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad – ‘had kredit’. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan.

Penyata bulanan yang diterima memberi kita pilihan, sama ada untuk bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minimum, bulanan (tidak digalakkan). Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksimum dikembalikan.

Walau bagaimanapun, pemegang-pemegang kad kredit sering kali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minimum baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki yang sepenuhnya.

Perangkap Belanja

Bagaimana agaknya seseorang itu boleh ‘terperangkap’? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad plastik tersendiri oleh ibu bapa sebagai pemegang kad tambahan.

Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Phone, beg dan barang fesyen yang ‘cun’ dan paling terkini) dan pesta hiburan atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadiri! Bukankah amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibu bapa tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?)

Jadi, cara yang termudah dan tercepat – Caj sajalah!

Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya ‘ganjaran’ bagi kita!

Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad – simpanan wang pun tiada, kredit kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian.

Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksimum; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar.

Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik

Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.

Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.

Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya lima peratus atau RM50 minimum setiap bulan, yang mana lebih tinggi.

Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18 peratus setahun, anda akan mengambil masa tujuh tahun dan tiga bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.

Petua-petua tambahan yang boleh membantu:

. Ingat, kad kredit bukan wang percuma.

. Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan.

. Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berbelanja melebihi pendapatan anda.

. Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali).

. Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minimum bulanan anda

. Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This