Ambil emas jurujual: Siti Rohani Ahmad dalam senarai dikehendaki polis

Dari Penulis

POLIS kini memburu Siti Rohani Ahmad, 42, sebagai orang yang dikehendaki selepas memperdaya seorang jurujual sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan barang kemas tanpa rela.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kejadian di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Baizura Mohd Nasir di talian 014-2116539 atau 09-5652222.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, pada petang 14 November, mangsa yang bekerja sebagai jurujual telah didatangi seorang wanita Melayu bertanyakan mengenai barangan kosmetik yang dijual dan barangan kemas yang dipakai mangsa.

Tanpa disedari mangsa telah menyerahkan seutas rantai dan gelang serta sebentuk cincin emas kepada suspek.

Mangsa hanya menyedari kehilangan barangan kemas selepas suspek keluar dari kedai.

Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM4,000 dan siasatan awal mendapati suspek berusia lingkungan 40-an.

Mangsa juga tidak pernah kenal dan berjumpa dengan suspek sebelum ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This