Terus membawa keseronokan dalam ciptaan Lego, Taman Tema Legoland membawa era baharu imaginasi, kreativiti dan permainan dengan pengenalan Master Model Builder pertama Malaysia, Zariq Mohd Ali.
Kemahiran Zariq, 30, anak kelahiran Kuala Lumpur dengan visi artistik menjadikannya calon paling menonjol dalam pencarian bakat Lego terbaik Malaysia.
Menurut Zariq, dinobatkan sebagai Master Model Builder pertama di Malaysia menjadi satu momen penting dalam memastikan taman tema itu terus memberi inspirasi kepada pengunjung.

“Ini merupakan kerjaya impian saya sepanjang hidup memandangkan saya sentiasa bermain Lego sejak kecil. Dapat berkongsi cinta saya untuk LEGO dengan orang lain berasa seperti peluang seumur hidup. Saya teruja untuk bermula dan berharap dapat berkongsi kegembiraan kepada kanak-kanak yang berkunjung ke Legoland,” katanya menerusi sebuah kenyataan.
Pelantikan Zariq menandakan langkah penting dalam perjalanan LEGOLAND Malaysia untuk menyampaikan pengalaman unik, dengan reka bentuk inovatif dan binaannya yang memberi inspirasi kepada pengunjung. Zariq akan menghasilkan model LEGO yang menakjubkan untuk taman dan mengemudi bengkel Lego serta permainan interaktif.

CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, berkata pihaknya sangat teruja dengan kehadiran Zariq.
“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Zariq ke dalam pasukan sebagai Pembina Model Induk kami yang pertama di Malaysia. Sambutan terhadap pencarian kami sangat positif, dengan begitu ramai pembina yang kreatif dan berbakat.
“Zariq menonjol kerana semangatnya yang kuat, visi kreatif, dan bagaimana dia merangkumi DNA LEGO kami melalui permainan,” katanya.

Sebagai Master Model Builder, Zariq juga akan berkhidmat sebagai duta LEGOLAND Malaysia Resort, mencipta kandungan media sosial yang menyeronokkan dan pendidikan.
Temui Pembina Model Induk pertama Malaysia!
Peminat dan tetamu akan mendapat peluang untuk bertemu Zariq buat kali pertama di perayaan LEGOLAND Malaysia Resort Brick-tacular Holidays, yang berlangsung dari 15 November 2024 hingga 5 Januari 2025.
Kenali Zariq: 5 Fakta Menarik tentang Pembina Model Induk Pertama Malaysia
Globetrotter: Dilahirkan di Perancis, Zariq pernah menetap di beberapa negara termasuk Mexico, Kemboja, Vietnam dan Thailand, sebelum menetap di Malaysia.
Pakar DwiBahasa: Zariq fasih dalam lima bahasa – Bahasa Inggeris, Melayu, Perancis, Bahasa Cina dan Sepanyol.
Beyond the Builds: Beliau merupakan bekas pengurus Pembangunan Perniagaan dan memegang ijazah dalam Perhubungan Antarabangsa dan Ekonomi.
Inspired by Travel : Bersemangat untuk mengembara sejak zaman kanak-kanak, yang telah mengilhamkan pembinaan Master Model Builder – Binaan Skyline yang menampilkan beberapa bandar kegemarannya di seluruh dunia!
Keluarga LEGO: Zariq diperkenalkan kepada dunia Lego oleh sepupunya.

