Dua parah dalam kemalangan tujuh kenderaan dekat Nilai

Dari Penulis

DUA individu parah manakala empat lagi cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan tujuh buah kenderaan di Kilometer 274.9 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Kuala Lumpur, pukul 6.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika sebuah lori jenis Daihatsu yang dipandu oleh lelaki berusia 74 tahun bersama kelindan berusia 60 tahun dalam perjalanan dari Tampin ke Kajang.

Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, lori terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan menyebabkan lima buah kereta serta sebuah lori yang cuba mengelak berlanggar sesama sendiri.

“Akibat kemalangan, pemandu serta penumpang Perodua Ativa cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

“Manakala tiga orang penumpang Perodua Myvi serta kelindan lori Daihatsu cedera ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zakaria Mohamad Jais di talian 019-6990142.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebo


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This