AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkenalkan produk perencah pes pertama mereka iaitu Seri-Aji Perencah Pes Tom Yam yang menawarkan penyelesaian premium dan mudah bagi pengguna menikmati rasa tomyam yang asli.
Ajinomoto dalam kenyataan memaklumkan, perencah pes seberat 40 gram (g) itu diperbuat daripada bahan-bahan segar dan resepi asli sekali gus menawarkan rasa yang kaya seperti sup yang dimasak pada kadar yang lama.
Menurut Ajinomoto, perencah tersebut mempunyai kualiti premium bagi memastikan keseimbangan rasa pedas, masam, masin dan manis.
Katanya, pes berkenaan sesuai untuk hidangan sendiri atau keluarga yang menjanjikan rasa dan kualiti yang setaraf restoran.
“Salah satu keistimewaan produk ini adalah teksturnya yang pekar, memberikan rasa ‘kaw’ kepada tomyam.
“Dibuat daripada rempah ratus asli seperti cili, asam jawa, serai, udang dan daun limau purut, pes ini menambah kelazatan dan kepekatan pada tomyam dan memastikan setiap sudu penuh rasa.
“Seri-Aji Perencah Pes Tom Yam dicipta untuk menjadikan sup anda lebih sedap dan tidak cair.
Baca artikel lain: Ajinomoto perkasa generasi pemimpin masa depan STEM di Science Castle in Asia 2024

“Kini semua orang boleh merasai rasa ‘ada kick’ di rumah dengan pes yang serbaguna dan mudah digunakan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ajinomoto memberitahu, Seri-Aji Perencah Pes Tom Yam turut disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadikannya sesuai bagi semua pengguna.
Jelasnya, pengenalan produk terbaharu itu merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan untuk merevolusikan perjalanan kulinari seiring dengan inovasi berterusan Ajinomoto.
“Setiap hidangan yang disediakan dengan Seri-Aji Perencah Pes Tom Yam adalah satu ekspresi kasih sayang, menjadikan hidangan yang dikongsi bersama keluarga sebagai kenangan yang dihargai, selaras dengan motto ‘Eat Well, Live Well’.
“Pada masa ini, anda boleh mendapatkan produk Seri-Aji Perencah Pes Tom Yam di Pasar Raya Besar berhampiran seperti Econsave, Lotus dan Aeon Big,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

