Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil sebagai penaja utama Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2026.

Ajinomoto dalam kenyataan memaklumkan, program yang berlangsung dari 4 hingga 7 Jun lalu itu membawa tema ‘Delay No More – Eat Right, Be Active Today’.

Menurut Ajinomoto, kempen itu menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah proaktif ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Sebagai salah inisiatif pendidikan makanan terbesar di Malaysia, Ajinomoto berkata, NMM 2026 menjadi platform penting dalam memperkasa masyarakat dengan pengetahuan dan amalan pemakanan yang lebih baik.

Melalui inisiatif itu, katanya, Ajinomoto terus menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkkan dan relevan untuk seisi keluarga.

“Sepanjang empat hari karnival berlangsung, pengunjung menikmati pelbagai aktiviti interaktif, permainan menarik dan pengalaman produk yang mengetengahkan produk utama seperti AJI-NO-MOTO, aminoVITAL dan ‘AJINOMOTO’ Gyoza.

“Reruai Ajinomoto turut menarik perhatian pengunjung menerusi konsep AJI-NO-MOTO Smart Salt yang mengetengahkan cara mengurangkan pengambilan sodium tanpa menjejaskan kelazatan makanan sekali gus membuktikan bahawa pilihan yang lebih sihat tidak semestinya mengorbankan rasa,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ajinomoto memberitahu, aminoVITAL pula memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali manfaat asid amino dalam menyokong tenaga, ketahanan fizikal dan pemulihan otot.

Melalui pelbagai aktiviti dan perkongsian maklumat, pengunjung didedahkan kepada kepentingan pemakanan yang menyokong gaya hidup aktif dan seimbang.

Dalam pada itu, katanya, AJINOMOTO Gyoza pula menawarkan pengalaman yang menggabungkan kelazatan, kemudahan dan khasiat dalam satu hidangan.

“Menerusi sesi pensampelan produk dan aktiviti interaksi bersama pengunjung, Ajinomoto memperlihatkan bagaimana pilihan makanan yang praktikal untuk gaya hidup moden juga boleh menjadi pilihan yang memuaskan dan berkhasiat.

“Selain aktiviti di reruai, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti pentas dan libat urus komuniti yang menggalakkan pembelajaran mengenai pemakanan sihat dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan, malah mengeratkan hubungan dengan keluarga, golongan belia dan masyarakat setempat,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This