AJINOMOTO Malaysia Berhad (Ajinomoto) menerima pengiktirafan sebagai peneraju kelestarian di Anugerah ESG PLUS 2025, apabila meraih dua anugerah berprestij.
Anugerah tersebut adalah bagi pencapaian dalam Ekonomi Kitaran dan Pengurusan Sisa serta Tenaga Boleh Baharu dan Teknologi Bersih dalam majlis yang berlangsung pada 10 Disember lalu.
Ajinomoto dalam kenyataan memaklumkan, Anugerah ESG PLUS merupakan platform mengiktiraf organisasi dan individu menerajui amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang berkesan.
Ajinomoto mencuri tumpuan dalam kalangan pemain serantau apabila meraih dua pengiktirafan utama yang diserahkan secara simbolik kepada Timbalan Pengurus Kilang merangkap Penyelaras ESG, Ramesh Sadiappan.
Anugerah pertama, Ekonomi Kitaran dan Pengurusan Sisa, mencerminkan usaha Ajinomoto dalam mengurangkan sisa dan menggunakan sumber dengan lebih cekap.
Baca artikel lain: Tiada prospek kejayaan punca AGC tarik balik rayuan pembebasan Rosmah
Syarikat melaksanakan pendekatan 4R dalam pengurusan sisa, menukar enapcemar air sisa kepada baja bio yang diluluskan, serta menggantikan pembungkusan Non-PO Mix tidak boleh dikitar semula dengan pembungkusan mono-plastik PO Mix yang boleh dikitar semula bagi AJI-NO-MOTO® Umami Seasoning.
Sumbangan Ajinomoto juga melangkaui operasi melalui usaha mengalih sisa yang tidak boleh dikitar semula bagi penghasilan bahan bakar daripada sisa (RDF), sekali gus membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida.
Syarikat turut memainkan peranan aktif sebagai penyumbang utama kepada Malaysian Recycling Alliance (MAREA), menyokong inisiatif negara untuk memperkukuh Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) di Malaysia.
Anugerah kedua, Tenaga Boleh Baharu dan Teknologi Bersih mengiktiraf pelaburan masa depan Ajinomoto di kilang pintar di Bandar Enstek, Negeri Sembilan yang direka untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga, bahan dan air.
Pencapaian ini mengukuhkan komitmen Ajinomoto dalam memajukan perjalanan ESG, sambil terus memperkukuh prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta mencipta impak positif berkekalan kepada pemegang kepentingan dan kelestarian perniagaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

