SELEBRITI Zoey Rahman melakar sejarah apabila produk yang diusahakan iaitu Mikaseries menerima pengiktirafan The Highliter Beauty Awards KL International Beauty Awards 2024 menerusi rangkaian ‘Mikadation Foundation’ bagi kategori ‘lightweight liquid foundation’.
Acara itu berlangsung selama tiga hari pada 22 hingga 24 November lalu di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.
“Kami turut mencalonkan beberapa produk lain untuk kategori yang berbeza mengikut jenis. Alhamdulillah tiga produk kami tercalon ke peringkat akhir (top 5) penjurian iaitu MikaGlo Compact Powder, Mikadation Foundation dan Mikalipz Lipbalm.
“Penjurian dilakukan oleh juri juri yang dilantik dan turut dibuka undian secara online setelah top 5 diumumkan bagi setiap kategori .
“Alhamdulillah dua produk mikaseries mendapat undian dan pemarkahan tertinggi iaitu ‘Mikadation Foundation’ dan ‘MikaGlo Compact Powder’,” katanya.
Menurut Zoey, biarpun sebelum ini ramai yang tidak percaya dengan produknya namun kejayaannya itu membuktikan setiap kata-kata negatif yagn dilemparkan adalah tidak benar.
“Sebelum ini kalau saya cakap produk saya bagus, formula lightweight ini memang terbaik agak-agak siapa yang akan percaya?
“Walaupun kami telah berjaya menjual puluhan ribu unit dan mempunyai pengikut serta pembeli setia di rangkaian Watsons dan di platform e-dagang pun, masih ada orang orang keliling yang memandang sepi.
“Terutama bagi mereka yang obses dengan jenama luar. Tetapi, Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berjaya membuktikan bahawa apa yang saya usahakan selama ini bukanlah biasa-biasa.
“Selain penjenamaan dan strategi pemasaran, Mikaseries amat menitik beratkan kualiti. Saya mahu berada dalam bidang ini untuk tempoh yang lama. Jadinya, saya kena hamparkan yg terbaik untuk pembeli dan penyokong produk Mikaseries,” ujarnya.
Zoey turut menzahirkan penghargaan kepada penganjur KL International Beauty Week 2024 atas sokongan dan peluang yang diberikan.
“Saya amat bersyukur Mikaseries tidak pernah ketinggalan menyertai acara tahunan pameran dan jualan kosmetik terbesar dan segah ini,” ungkapnya.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

