Zoey Rahman tak ambil kesempatan dengan OKU, niat nak bantu Mass Factor

Dari Penulis

PELAKON dan usahawan selebriti, Zoey Rahman masih aktif berhubung dengan Mass Factor dan menegaskan tidak menggunakan status Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai strategi pemasaran produknya.

Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abd Rahman,39, sebelum ini sering bersiaran langsung di TikTok bersama Mass yang merupakan pempengaruh dari Singapura.

Baru-baru ini, Zoey mendedahkan, mereka berselisih faham disebabkan oleh gangguan emosi yang tidak menentu.

Bagaimanapun, persahabatan mereka kembali baik setelah saling bermaafan sempena bulan Ramadan.

“Saya masih berhubung dengan dia, sampai 5 jam buat live di TikTok.

“Lama kelamaan dia dah jadi lain, dah ada perasaan, buat emosi masing-masing terganggu. Jadi ada perselisihan faham.

“Tapi haritu Mass ada masuk hospital. Dia ada sekat dan kemudian ‘unblok’ akaun saya. Bagi

“Saya cuma bertenang dan ‘scroll’ sahaja. Tapi sekarang kita masih berkawan dan dia ada mesej saya memohon maaf sempena bulan Ramadan,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit Mikaseries dan Sambal Nengar di Kula Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, pengacara program Gerak Geri Gasing itu turut menyatakan bahawa tujuannya sentiasa berhubung dengan Mass adalah sebagai cara untuk membantunya memberi semangat sambil menjana pendapatan walaupun bergelar OKU.

“Saya nak bantu dia saja. Saya nak bagi dia beg kuning berniaga, sebab Mass kan orang istimewa.

“Jadi, kita sebagai kawan nak bagilah semangat dekat dia supaya ada kawan-kawan. Dia dekat rumah tak boleh jalan.

“Ada buat siaran langsung tapi mungkin nak kurangkan masalah bagi menghormati bulan Ramadan,” katanya lagi.

Namun, sesetengah pihak mendakwa Zoey menggunakan orang istimewa untuk kepentingan sendiri.

Mengulas isu tersebut, Zoey menyatakan bahawa niatnya hanya ingin membantu dengan memberi komisen kepada mereka namun bukan untuk mengambil kesempatan.

“Bukan, saya nak membantu, macam Ciksu dekat Terengganu orang cakap nak ambil kesempatan. Ciksu saya memang nak bagi dia menjana pendapatan. Saya nak bagi komisen dengan bagi produk tersebut.

“Lepas dengan Ciksu baru dengan Mass. Tengok live pula, saya tengok dia pandai make up. Jadi saya bagi dekat dia pulak.

“Saya memang ikhlas dalam hati saya nak bantu dia. Terpulang pada mereka untuk promosikan produk atau tidak.

“Kalau dia mempromosikan, dapat komisen kalau tak, tidak dapat,” tambahnya lagi.

Bercakap tentang perubahan wajahnya yang tampak berlainan berbanding sebelum ini, Zoey berpendapat setiap individu memiliki pandangan untuk menilai tanpa mengambil hati.

Jelas Zoey, kebanyakan rawatan wajah yang dilakukan itu merupakan tajaan daripada pihak klinik estetik.

“Mereka nak beri pandangan itu hak mereka. Saya tidak ambil kisah. Tapi, yang penting hatinya sama.

“Saya ditaja buat rawatan dekat klinik. Tapi nak pergi rawatan, saya jarang sekali.

“Biasa kalau buat rawatan laser atau ada kontrak dengan mereka, baru saya pergi,” ujarnya.

Selain itu, Zoey juga turut menyatakan hasrat untuk berumah tangga namun percaya bahawa segala-galanya telah dirancang dengan baik oleh Allah SWT.

Buat masa ini, fokus utamanya adalah untuk membahagiakan ahli keluarga walaupun pendapatannya kini sudah cukup stabil untuk mencari pasangan hidup.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This