Seorang guru lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Damansara Damai, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 6.45 petang semalam.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menjumpai dadah disyaki ganja yang dianggarkan seberat 0.21 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM6,300.
“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja. Suspek merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Petaling Jaya dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
“Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah membenarkan tahanan reman ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula hari ini hingga 1 Dis,” menurutnya dalam kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Shahrulnizam turut menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah agar menyalurkannya ke mana-mana balai berdekatan atau terus menghubungi talian hotline bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2267.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

