Y15ZR milik adik perempuan kena curi, pemuda mohon bantuan orang ramai

Dari Penulis

SEORANG pemuda meminta bantuan orang ramai untuk mengesan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang dicuri ketika parkir di Apartmen Murni, Sungai Buloh pada 5.40 pagi hari Ahad lalu.

Bercerita kepada UtusanTV, Haikal, 25, meluahkan rasa kesal apabila motosikal bernombor pendaftaran VME 5746, milik adik perempuannya yang dibeli pada Mac lalu telah dicuri individu tidak dikenali.

Katanya, pada pukul 6.30 petang hari Sabtu, adiknya telah meletakkan motosikal berwarna biru kelabu itu dalam keadaan baik dan berkunci di hendal serta tayar dekat kawasan parkir motosikal.

“Pada pukul 8 pagi keesokannya, adik yang mahu pergi ke kerja telah mendapati motosikalnya tiada di kawasan parkir.

“Adik dapati kunci pad motosikal telah dibuka dan hasil pencarian di kawasan sekeliling juga tidak menjumpai motosikalnya dan disyaki dicuri,” ceritanya.

Malah, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati seorang lelaki tidak dikenali telah cuba mengalihkan CCTV dengan menggunakan batang besi.

Hanya mengambil masa kira-kira tiga minit, lelaki terbabit dilihat dengan pantas membuka kunci pad sebelum menghidupkan enjin motosikal dan melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kejadian curi motosikal itu di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati rakaman CCTV hanya menunjukkan belakang badan suspek dan tiada saksi yang melihat kejadian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan orang awam yang melihat kejadian atau mengenal suspek diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This