Tahukah anda siapakah raja yang paling singkat memegang takhta kerajaan? Raja itu ialah Louis Antoine of France (6 Ogos 1775 – 3 Jun 1844) yang merupakan putera sulung Charles X of France dan pemegang takhta terakhir sebagai putera mahkota Perancis (1824 – 1830).
Berapa lama raja ini memegang tampuk pemerintahan? Setahun? Sepuluh bulan? Sebulan? Tidak! Raja ini hanya memegang takhtanya hanya selama 20 minit! Ya, 20 minit! Dan itulah masa paling singkat bagi seorang raja memegang takhtanya yang pernah direkodkan.

Louis Antoine of France menggantikan ayahandanya, Charles X yang telah digulingkan dalam Revolusi Julai 1830. Namun, dalam tempoh 20 minit, Louis Antoine juga telah digulingkan yang menyaksikan beliau tersenarai sebagai raja paling singkat memegang takhta dan berkongsi rekod tersebut bersama dengan Putera Mahkota Portugal, Luis Filipe.
Peristiwa tersebut berlaku ketika berlangsungnya Revolusi Julai 1830 apabila sekumpulan penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati mendesak Charles X supaya turun takhta. Ia turut disokong oleh sepupunya, Louis Philippe. Mereka telah menghantar delegasi ke Istana Tuileres bagi mendesak kepatuhan Charles X terhadap revolusi tersebut.
Charles dipaksa menandatangani dokumen penurunan takhta pada 2 Ogos 1830. Bermakna takhtanya digantikan anaknya, Louis Antoine. Namun, hanya seketika Louis Antoine memegang takhta tersebut sebelum mengikuti jejak ayahnya 20 minit kemudian.
Sepanjang tempoh 20 minit tersebut, Louis Antoine mendengar pujukan isterinya agar tidak menandatangani dokumen tersebut, manakala Charles pula duduk kesedihan. Akhirnya, Louis Antoine membuat keputusan menandatangani dokumen tersebut (atas bantuan sepupunya, Duke of Bordeaux ).

Tempat ketika saat terakhir sebelum Charles X pergi kerana dibuang negeri dikenali sebagai ‘Count of Marnes’. Sejak dibuang, baginda tidak pernah lagi pulang ke Perancis.
Manakala Louis Antoine dan isterinya pula pergi ke Edinburgh, Scotland pada November 1830 dan menetap di sebuah rumah di perkampungan berdekatan Istana Holyrood, di mana Charles X tinggal.
Pada tahun 1832, Maharaja Austria, Francis I, telah menawarkan Istana Prague kepada keturunan diraja Perancis tersebut, lalu Louis-Antoine dan Charles X berpindah ke sana.
Namun begitu, setelah kematian Francis I, penggantinya Ferdinand I meminta keluarga diraja Perancis itu keluar dari situ dengan alasan baginda memerlukan istana tersebut untuk upacara pertabalannya pada musim panas tahun 1836.
Akhirnya, keluarga diraja Perancis yang digulingkan itu terpaksa pergi dan sampai di Istana Graffenberg di Gorizia pada Oktober 1836.
Ramai pakar undang-undang sependapat tidak mengiktiraf penurunan takhta tersebut adalah sah dan masih mengiktiraf Charles X sebagai raja sehingga baginda mangkat pada tahun 1836, dan juga Louis Antoine sebagai penggantinya.
Louis Antoine, raja tersingkat yang hanya memegang takhta selama 20 minit ini telah mangkat di Gorz, Austria pada tahun 1844 ketika berumur 69 tahun. Mayatnya disemadikan bersebelahan makam bapanya di sebuah gereja yang terletak di Nova Gorica di Slovenia.
______
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

